Total Pageviews

Wednesday, 16 November 2011

Tahfiz ??

Pagi tadi, mak aku pergi menziarahi rumah adiknya, iaitu mak uda aku di Perak . Mak aku berbincang dengan adiknya pasal mak aku nak hantar aku ke rumah dia kerana nak bagi aku belajar agama dengan lebih mendalam lagi sebab anak dia(mak uda) kan dah belajar tahfiz dan pandai agama . Dia kata anak dia pergi sambung belajar kat jeddah . Then, mak uda kata ada sekolah tahfiz dekat area rumah dia, tapi yuran RM200 .

Pukul 6 petang tadi mak aku baru sampai rumah . Dia terus cakap kat aku pasal benda tu . Then, aku kata kat mak aku , aku nak kerja . Pastu mak aku cakap, dia nak aku jadi orang kuat agama dan memimpin abang-abang aku . Apa boleh buat, dah kehendak mak aku . Tapi, nak difikirkan balik, betul jugak kata mak aku . Aku memang dah lama tak sentuh Al-Quran dan solat pun banyak tinggal . Ish ish ish

Okay fazlie, sekarang dah tiba masanya kau kembali ke pangkal jalan . Selamat tinggal membeikh . Aku pergi selama sebulan :)

No comments:

Post a Comment